Thursday, March 12, 2009

SIAPA DEEJAY YOP


Assalamaualaikum...Salam Kontek Kenal ....untuk semua...dimana sahaja web ini dapat dibuka....dari Utara membawa Berita....dari Selatan membawa Harapan...dari Timur membawa Makmur ..dari Barat membawa Maufakat...9W2 YOP...dilahirkan pada tanggal 25 April 1971 disebuah kampung yang bernama Kampung Kati dearah Kuala Kangsar Perak Darul Riduan.Anak sulung kepada pasangan Encik Mohamed Desa dan Puan Maisarah Abdul MajidMendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sauk dan peringkat Menengah di Sekolah Menengah Temenggong Kati.Memulakan hidup berdikari sekitar tahun 1988 dengan melakukan beberapa bidang perkerjaan antaranya :Berkerja di bidang Perhotelan dibeberapa buah hotel di Malaysia seperti Penang Mutiara Beach Resort, Pelangi Beach Resort Langkawi, Pangkor Beach Resort Pulau Pangkor.Pada tahun Jan 1991 hingga Julai 2001 menceburkan diri di dalam Angkatan Tentera Malaysia di dalam Department Perhubungan Awam bertugas di Kementerian Pertahanan sebagai Jurugambar kepada beberapa Menteri Pertahanan antaranya YB Dato Seri Syed Hamid Albar dan YAB Dato Seri Najib Razak. Pada tahun 1997 hingga 2001 ditukarkan ke Radio Tv Malaysia(RTM) di ANGKASAPURI bertugas sebagai Juruhebah Radio di Radio 1 sekarang dikenali sebagai NASIONAL FM mengendalikan rancangan KHAS untuk Angkatan Tentera Malaysia yang dikenali sebagai BARISAN SATRIA DAN HELLO SKOT.Menamatkan tugas didalam ATM pada penghujung tahun 2001.Bermula dari hujung 2006 hingga sekarang meneruskan tugas sebagai Juruhebah Radio disebuah lagi stesyen Radio iaitu PERAKfm di IPOH Perak

No comments:

Post a Comment